Penghujung Januari 2025

  • 0
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Pejam celik pejam celik dah hujung Januari tahun 2025 pun. Last post aku April tahun 2024. Hiks. Punyalah aku culas bagi perhatian kat blog ni. Padahal setiap tahun aku renew domain ni. Kemain nak keep the domain tapi buat post hampeh.

Takpelah. Barang yang lepas tak usah dikenang, gituu.

Oleh itu, aku amek keputusan untuk buat post pertama aku pada tahun baru 2025 ni pada hari ni, hari terakhir bulan Januari 2025. Hehe.

To summed up semua yang terjadi sepanjang Januari ni, antara event yang besar ialah majlis bertandang pengantin lelaki (Akim) di Pontian. Ye kawan-kawan. Adik bongsu aku dah kawen. In fact, both adik-adik aku dua-dua yang terakhir dah kawen pada hujung Disember 2024.

Belum rasa nak cerita panjang pasal majlis kawen budak-budak ni dalam post ni. Sebab aku tengah menaip ni guna henpon je, bukak guna browser, dalam kereta otw pi dinner, mak mertua aku dengan laki aku tengah berbual; jadi tak dan ler nak cerita panjang.

Okay lah dah sampai pun kedai makan ni. InshaAllah jumpa lagi di bulan Februari.

Selamat Hari Raya!

  • 0
Assalamualaikum semua.

Selamat Hari Raya Aidilfitri! Walaupun harini dah 21 Syawal kan, selagi tak habis selagi tu lah boleh wish je rasanya. Kejap betul masa berlalu ya. Sedar-sedar dah penghujung Syawal rupanya. Padahal baru nak start puasa 6. Hiks.

Macam mana raya korang tahun ni? Raya aku tahun ni alhamdulillah sangat baik. Dapat jumpa saudara-mara yang dah lama tak jumpa. Yang memang taknak jumpa tu kita abaikan je. Raikan yang masih menghargai tali persaudaraan yang terjalin. Ahgituuu.

Tema raya aku dan Adi tahun ni Yellow Mustard. Aku pakai baju yang dibeli masa Iqbal tunang je haritu. Jimat pun jimat, selesa pun selesa. Tudung pun aku pakai tudung yang sedia ada je beli masa kerja kat Singapore 2 tahun lepas. 

Dan yang paling penting, aku rasa selera makan aku raya tahun ni macam terkawal sikit compared to tahun-tahun sudah. Still makan banyak makanan yang aku suka contoh seperti bihun goreng putih. Huu.

Di kesempatan ini aku nak mohon maaf jika aku ada tersalah kata dalam blog aku ni dan aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat semua yang menyambutnya. Semoga ada kesempatan untuk kita jumpa lagi di Syawal 2025 pulak. InshaAllah.

Baiiiii.





Salam Ramadhan 1445H

  • 0
Assalamualaikum semua.

Harapnya masih belum terlambat untuk ucapkan Salam Ramadan dsn selamat berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Pejam celik dah hari ke-8 pun puasa ni walaupun dengan terik mentari kat luar tu. Macam mana puasa korang setakat ni? Harapnya masih kuat ya.

Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ni, puasa tahun ni aku ambil pendekatan untuk bersahur berat sikit. Tahun sebelum-sebelum ni aku minum air kosong je waktu sahur sebab kalau makan berat sikit je nanti mesti melepek siang harinya sampai nak tunggu waktu berbuka tu. Memang dari aku kecik macam tu. Tak pasti pulak kenapa.

Jadi tahun ni aku cuba sahur dengan whey protein sebanyak 1.5 scoop seperti yang disarankan di belakang pek whey protein tersebut. Dengan pengambilan 1.5 scoop tu, aku akan dapat sebanyak 25g protein. Hasil pembacaan, katanya protein ni buat perut rasa kenyang lebih lama dan senang nak bakar lemak. Tapi tu lah kan memang nak kena jaga portion jugak dan tengok kita berbuka tu makannya apa je.

Alhamdulillah setakat ni memang sangat berkesan untuk buat perut aku rasa lebih full dan rasa lebih bertenaga sepanjang hari berpuasa bila aku minum protein waktu sahur. Dan rasanya baru sehari aku ter-missed tak minum protein waktu sahur. Jadi rasa kurang bertenaga pulak bila tak amek protein haritu.

Aku harap dapat istiqomah untuk minum protein sepanjang Ramadan tahun ni bagi membantu mencukupkan protein dalam badan aku yang macam sokmo kurang ni. Yang lain-lain aku cover dengan real food je lah. Pi bazar pun memilih oih makanan sebab taknak membazir dan supaya lebih jimat dan sihat.

Ok lah nanti kita jumpa lagi sebelum raya. Daaaa.

Selamat Hari Lahir ke-35, Hajar!

  • 0
Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah harini bersamaan dengan 9hb Januari 2024, maka genaplah umur aku 35 tahun. Aku tak plan untuk cerita banyak dalam post kali ni. Cuma nak ucapkan terima kasih Allah untuk pertambahan umur yang beserta dengan segala nikmat Islam, sihat, keluarga, suami, kemudahan, ketenangan, dan semuanya yang aku miliki hari ini.

Terima kasih juga buat mak yang telah melahirkan aku dan juga abah yang telah sama-sama dengan mak membesarkan aku sehingga aku jadi seperti siapa aku sekarang. Terima kasih buat suami yang sudi menerima diri ini - kelebihan dan kekurangan. Terima kasih buat keluarga dan juga sahabat handai yang tak pernah lupa untuk wish dan kirimkan doa buat aku dan Adi.

Semoga Allah makbulkan doa korang semua dan semoga doa-doa tu berbalik jugak kat korang.

I love you all so much!