Pesta Konvo Ke-42.

  • 0
Tadi aku ke Padang Kawad. Tempat di mana berlangsungnya Pesta Konvo yang Ke-42. Hem. Aku g sne jalan kaki ngan Nik, Nabilah, dan Syaza. Pergi agak lewat sebab xawal. Jalan kaki ke sana agak jauh dan agak penat la. Hoho. Alhamdulillah, niat Nabilah ke sane tercapai. Aku pon sangat bersyukur. Sebabnya, kitorg dpt tengok In-Team buat persembahan. Suara mereka sangat merdu dan mendayu2. Persembahan awal mereka kitorg xdpt tgk sebab dtg lmbt. Tatau la dia bwk lagu ape yg awal2.

In-Team ade album baru. Xsure la ape tajuk albumnya. Yang aku tau, dia ade satu lagu yang besh. Gabungan beberapa bahasa dalam nyanyian tuh. Urdu, Melayu, Arab, dan English. Memang xrugi la pegi jalan kaki tadi. Kumpulan mereka sebenarnya 5 org kesemuanya. Tapi td yang ade cume 3 org. Siapa nama2 mereka aku tatau. Huhu. Yang penting, aku suke sangat dgr nyanyian diorg.

Aku rasa sangat sebak bile dgr nyanyian diorg. Bait2 lirik dalam lagu2 yang dinyanyikan mempunyai makna yang tersendiri. Perasaan sayu dan insaf tiba2 menyelinap dalam diri. Memang rasa ketenangan dalam jiwa. Aku sukakan perasaan tuh. Di mana aku masih mampu menangis kerana tersentuh dek bait2 lirik tuh yang membuatkan aku sedar betapa aku kerdil di mata Allah.

Aku rasa, hidup aku sangat bergelumang dengan dosa. Dan dengan itu, sangat mudah bg aku untuk selalu rasa pahit menjalani hari2 yang lepas. Hem. Aku terlalu rindukan untuk mengubah cara2 aku yang kurang elok sekarang neh. Aku tgk aku makin berubah. Macam jadi bukan diri aku sendiri. Macam jd orang lain. Aku benci dengan perkara tuh. Aku benci bila aku terpaksa menjadi seseorang yang pasti bukan diri aku. Semakin banyak perkara baik yang aku tinggalkan dan semakin banyak jugak perkara buruk yg aku lakukan. Aku mahu berubah! Berubah menjadi seseorang yang baik!

Aku rasa segan bile lalu sebelah mmbe2 or senior2 yang alim2, yg menjaga aurat, menjaga tingkah. Aku suka cara diorang. Aku teringin sangat nak jadi macam diorg. Tapi aku tatau la. Rasa macam tade kekuatan lg. Tapi kan.. "HENDAK SERIBU DAYA, TIDAK HENDAK SERIBU DALIH". Tahlah ye. Tengoklah cmne. Aku rasa aku perlukan didikan dan sokongan daripada seseorang. Aku tatau siapa. Cume aku tau aku perlukan dia! Aku rasa bersyukur gak sebab xsia2 la aku g pesta konvo tuh td. Sedikit sebanyak dapat muhasabah diri aku yang sudah tersasar jauh dari landasan sebenar kehidupan.

Aku tidak mau banyak. Aku cuma mau mengubah diri sendiri supaya aku jadi lebih baik. Aku akantanamkan azam untuk menjadi baik. Dan aku akan pastikan yang ianya akan terlaksana. Jangan pernah pandang rendah pada aku. Kerana aku yakin bahawa Allah sentiasa dekat dan sentiasa sedia membantu sesiapapun yang ingin mendekatinya.

Ya Allah, andai semalam langkahku bukan untukMU, maafkan aku Ya Allah. Hukumlah aku kerana itu. Dan pandukanku jalan yang benar. Tujukan aku ke arah yang membuatkan aku dekat kepadaMu. Sesungguhnya aku sangat merinduMu, Ya Allah. Sangat-sangat. Dan aku sangat cintakanMu, Ya Allah. Aku yakin. Cinta pertama dan terakhir dalam hidupku hanyalah kepadaMu.

"Senangnya hati. Lapangnya dada. Tenteramnya jiwa. Indahnya dunia. Bila air mata yang mengalir laju ini gugur hanya buat Yang Esa. =) Alhamdulillah. Terima kasih, Ya Allah."


No comments: