Yesterday In History.

  • 2
Rasanya seperti baru semalam aku jauh dari dia. Ye. memang semalam kami berada sangat jauh. Rupanya, Kuala Lumpur lain yang aku harap menjadi dekat, Kuala Lumpur lain yang datang dekat. Oh. Aku tidak tahu apa yang perlu aku rasa.

Dia pergi sudah sangat lama. Lama la. Hampir 5 tahun setengah; sehingga ke hari semalam. Oh. Perasaan pertama tengok dia.. Sangat mendebarkan. Bukan perasaan lain. Cuma, entah ye. Yang pasti berdebar-debar. Aku tak tahu nak describe rasa tuh cmne. Ianya cuma satu perasaan yang membuatkan aku kurang selesa.

Kenapa sekarang dia datang kembali? Setelah sekian lama aku menanti? Hidup memang sangat penuh dengan kejutan. Aku tidak pernah menduga tentang hari semalam. Sedikit pon tidak. Walaupun ianya merupakan suatu hari yang sangat-sangat aku tunggu sejak dr dulu lagi. Tapi bezanya, penantian itu telah lama berakhir.

Aku tak tau nak mula dari mane. Cuma, cerita yang lepas ligat berputar di benak fikiran neh. Yang indah dan yang gundah, datang menerjah silih berganti. Pasal tuh ati rasa kusam kot? Yang penting, aku sangat tidak selesa bila ingat kisah2 yang lepas yang pernah aku alami. Pahit banyak. Manis pon banyak.

Semalam. Betul-betul buat aku rasa tidak selesa. Berada bersama orang yang penah aku suke. Hoho. Suka tuh dulu la. Sekarang suke juge. Cume suke mmbe2 sje. Tidak lebih dan tidak kurang. Dia pon da ade yang punye. Haha. Walaupon aku agak jeles. Hahahahahahahahahahahahahaha. #Macam bukan diri aku neh!#. Hoho. Xngape la. Jiwang kejap. Aku pon bukan selalu jiwang. Sekali sekala.

Tapi, aku cuma mau ucap satu. Oh. Dua. Alhamdulillah. Syukur. Aku sangat berterima kasih kepada Allah kerana akhirnya, doa aku dimakbulkan. Kawan2, jika hari ini anda berdoa, dan Allah tidak makbulkan, maka tunggulah hari esok. Jika hari esok Allah tidak mengabulkan doa kamu juga, tunggulah hari esoknya. Jika hari esoknya doa kamu masih tetap tidak dimakbulkan oleh Allah lagi, maka teruslah menunggu untuk hari2 yang seterusnya. Dan kawan2, jangan pernah berhenti berdoa dan bertawakkal kepada Allah. Yakinlah bahawa Allah itu Maha Mendengar. Jika doa kita dimakbulkan sekarang, pada masa akan datang, ia pasti dimakbulkan juga. Itu janji Allah buat sesiapa yang sentiasa memohon kepadaNya. Pasti.

Aku berani cakap sebab aku da selalu rasa. Semua doa2 aku dimakbulkan oleh Allah. Alhamdulillah. Korang banyak2lah berdoa. Semoga kehidupan kita sentiasa disulami dengan doa dan ingatan buat Allah.

Apa2 pon, sekali lagi. Aku taksub dengan hari semalam. Aku jumpa seorang teman lama yang sangat ingin aku temui. Banyak jugak dia berubah. Compare than me, of course. Dia sudah jadi sangat teratur dan kemas dan bergaya. Sedangkan aku, masih kekal di tampuk lama. Oh. "Hajar is LAME!", he said. Ukeh. I admit, fren. All my jokes pon sangat LAME pada dia. Aku bulih kate ape? Fight back? No way! Dia sangat sempurna sekarang. Dan aku? NEVER kot?

I prefer not to change and keep being myself sebab aku rasa sangat selesa menjadi diri sendiri. Dan mungkin, dia sebaliknya. Commonly pon, majoriti memilih ntuk berubah dan cari diri yang baru. That's fine. Rambut sama hitam. Hati lain2. That's fine. Semuanya bergantunglah kepada individu itu sendiri. Dan mungkin kerana itu jugak kot, aku sudah tidak tertarik langsung dengan dia. Tapi kan.. Aku agak jeles la bile dia ade gf. Haha. Tuh la. My bad. Kerana pernah menjadi terlalu mengharap dan setia. Konon teguh menanti la. Padahal memang pon! Penat? Biasalah. Namun, tengoklah hasilnya sekarang! Haha. Walaupon dia bukan milik aku dari segi perhubungan istimewa, dia masih milik aku dari segi hubungan persahabatan.

Kerana itu aku sangat cintakan persahabatan. Nilainya tiada tara! Or in better word - FRIENDSHIP is PRICELESS! Sekarang aku rasa lebih selesa berkawan dengan semua orang yang berada di keliling aku. Mudah. Kadang-kadang, aku sangat takut bila aku perlu menjadi beban kepada orang lain. Aku tidak mahu orang terus-terusan memikirkan tentang betapa sukarnya melayan karenah aku. Aku paling benci menjadi beban orang lah senang kata. Sebab aku pon xsuke bile orang bebankan kepala otak aku neh. Walaupon aku tetap buat jugak. Sebab aku yakin. Mungkin benda yang aku xsuke tuh adalah yang terbaik buat aku. Siapa tahu? Allah sahaja.

Walau ape pon, kawan2, aku sedang dalam pengembaraan dalam mencari diri aku yang sebenar lagi. Setelah beberapa ketika, aku dapat lihat ada segelintir teman2 di sekeliling yang masih tidak selesa bersama aku. Aku tidak mahu mereka rasa begitu. Sebab aku pon akan rasa tak selesa jugak. Jadi, bantulah aku. Sokonglah aku. Tiupkan semangat kepadaku. Aku akan cuba menjadi yang terbaik buat kalian, dan juga buat diri aku sendiri. InsyaAllah. Amin.

2 comments:

Anonymous said...

uiiit..

ko jumpe sape..

tak bitau p0wn..

huh!

-chik-

itisrajah said...

chik - sayang, kau da tau kan? hoho. very smart la kamu!