Aku Masih Seperti Dulu.

  • 4
Masa terlalu cepat berlalu. Sangat pantas. Macam kate Ustat Puhad (lecturer TITAS aku sem lepas) :- "Kita akan rasa masa berlalu dengan cepat jika kita melakukan kejahatan, dan kita akan rasa masa berlalu dengan sangat lambat jika kita melakukan kebaikan." Kadang aku rasa ia macam betul. Kadang macam tidak. Entahlah ye. Nak kata aku buat jahat, aku pon tatau. Mungkin ye kot. Cume aku xsedar.

Aku xsangke, skang aku da pon 20thn dan beberapa bulan. Haha. Kejap sje rasenye. Macam baru semalam aku amek UPSR. Aku join kuda kepang dulu mase kat skola rendah. Ceritanya, mula2 sangat menyedihkan. Ye la. Dipaksa masuk kuda kepang. Padahal aku sangat tidak suka. Ngan panasnye. Aku masih ingat kata-kata PCS (Pak Cik Shukor - cikgu kuda kepang) :- "Itu matahari atau bulan..? Matahari. Jangan jadi bodoh. Itu bulan. Panas ke sejuk? Panas!! Tolonglah jangan bodoh sangat. Kalau da namanya bulan, mestilah sejuk!"

Pesan dia, kalau kita mahukan sesuatu, katakannya - jika kita panas, dan kita mahu sejuk, kata sejuk dan jangan kata panas. Sebab apa tau? Sebab kata-kata kita tuh doa. Jadi, kita kena sangat menjaga kata2 kita. Aku xpenah lupa ape yg dia kata. Skang, kalau aku nampak matahari dan aku mule mengeluh panas, aku belajar didik diri dan menganggap itu bulan dan aku rasa sejuk. Bukan menipu. Cume, bersyukur. Ye. Bile aku wat mcm tuh, aku rase lebih bersyukur. Dan alhamdulillah, berkat rasa syukur itu, aku masih diri aku seperti dahulu.

Kalau dtg latihan kuda kepang, dressing aku sama sje ari2. T-shirt lengan pendek, suar tracksuit, dan tdung tanpa anak tdung. Aku kurang menitikberatkan pemakaian anak tudung dulu. Huhu. Dan oh! Lengan pendek juge. Aku mule pakai tudung secara tetap sejak aku darjah 3. Tuh pon sbb aku dapat PTS, dan kena belajar sme2 ngan budak drjah 4. Aku xbape suke, sebab kena tinggalkan kawan2. Tapi untuk belajar, ape salahnya, kan?

Ukeh. Sambung pasal kuda kepang. Aku dan kawan2 penah sme2 janji.

"Korang, kite janji ye. Nanti bila kita da besar, kita kekalkan tudung yang kita pakai hari neh, ukeh? Kita jangan bukak tau. Janji???""JANJI!!!!!!!!"


Itu janji kami. Itu dulu. Tapi, bukankah sekali berjanji harus ditepati? Aku pernah nak langgar janji tuh sekali. Mase tuh ade game hoki kat SK Sri Tebrau, kalau xsilap. Kawan2 yang lain memang free hair. Aku sorang bertudung. Da la kapten. Coach pon suruh bukak mase nak main final. Very important game mase tuh. Diorang suruh bukak. Kalau tamau pon, pakai anak tudung sje. Tapi, aku xpkai anak tudung. Diorang kate, kalau tade anak tudung, pkai key. Aku memang ade spare key. Serba salah gile. Aku memang tamau. Aku da cakap aku tamau. Tapi diorang pakse.

Aku susah sikit bile coach yang bersuara. So, aku pon ngan berat ati kate 'OK'. Mmbe aku sorang cover aku salin key. Aku bukak tudung dan pkai key! Rambut aku pendek mase tuh. So, tade la nampak sgt rambut aku. Tapi, aku rase sangat tidak selesa. Team kitorg da kena panggil. Game nak start. Tapi, aku betul2 rase xselesa dan xtenteram. So, da last2 minit pengadil panggil ntuk tentukan padang, aku g tukar balik tudung aku. Dan dengan yakin, aku teruskan permainan. Selesa sje. Aku xingat kitorg menang or x. Yang penting, bg diri aku, kemenangan melawan kehendak untuk free hair tuh sudah sepenuhnya menjadi milik mutlak aku. Sejak dari ari tuh, aku tidak pernah teringin ntuk bukak tudung. Sampai sekarang. Alhamdulillah.

Dan kawan2 aku yang sme2 janji dulu? =) Mungkin mereka ada alasan sendiri untuk melanggar janji kami dulu, siapa tahu? Aku tamau pakse2. Masing2 da besar. Da bulih pk sendiri. Aku tatau kalau diorang da lupe pasal janji tuh. Namun bagi aku, ianya akan sentiasa segar dalam ingatan. Aku cume harap, aku akan terus kekal bertudung. Dan kawan2 aku, mungkin mereka akan bertudung kelak.

Tak semestinya orang yang bertudung tuh baik. Cume, aku rasa ianya satu kewajipan. Jadi, ikhlas la. Bukan menunjuk. Aku neh pon jahat sebenarnya. Eh. Bukan jahat. Tapi nakal. Biasa lah. Aku pon 'ha ho' (kecoh2) sane sini gak. Tengok muvi gak. Kua ngan mmbe laki gak. Karaoke gak. Seyes. Aku memang agak nakal. Bukan pengaruh kawan2. Memang diri aku sendiri yang nak buat benda2 tuh. So, mcm aku ckp td. Xsemestinya aku pkai tudung aku neh baik. Memang ade baiknye. Tapi, bukankah dalam dunia ini tiada yang sempurna? Setiap kebaikan itu pasti ada buruknya. Setiap yang cantik itu pasti ada tidaknya. Setiap yang bersih itu pasti ada kotornya. Setiap yang kekuatan itu pasti ada kelemahannya.

Semuanya bergantung kepada diri kita sendiri. Bagi aku, dalam hidup cuma ada dua pilihan. Macam nombor yang komputer paham. Cume 1 atau 0. Benar atau salah. Gembira atau sedih. Berjaya atau gagal. Mahu atau tidak. Dan semua yang sama waktu dengannya. Dan biar aku tekankan. Ianya adalah 'ATAU'. Bukan 'DAN'. Maknanya, kita cume perlu pilih salah satu. Tidak bulih pilih kedua2nya sekali. Bukankah kita perlu sentiasa bersyukur? Orang yang tidak bersyukur itu tamak namanya.

Aku tengok, suda ramai kawan2 aku yang suda mempunyai teman lelaki. Bagus. Itu kehidupan. Cume, ade segelintir yang membawa kehidupan mereka menuju kepada kegelapan. Tah. Aku terkejut bile tgk orang tidak disangka2, berpegangan tanga dengan teman lelakinya. Salahkah dia? Salahkah mereka? Entahlah. Aku bukan siapa2 untuk menentukan salah dan benar orang2 sekeliling aku. Kan aku da ckp. Aku bukannya baik pun.

I'm learning. In my own way. I look around me and study about them. Each of them. When I see sky, then I learned and I know that the colour of it is blue. When I see tree, then I learned again and I know that the colour of it is green. So do life. I believe that each of us have our own life colour. I prefer grey because I love the colour. But that doesn't mean that my life colour is grey. Somehow I saw different colours in my friends' life. I don't know whether their colour change or not due to how they live their life. I just know that life is full of colours. Life is colourful. Just like the rainbow. I love rainbow.

Aku tau, bile mana aku tgk kawan2 aku mule mengalami perubahan pada diri mereka, aku masih lagi terkial2 mencari diri. Diorang da cntik. Da tau macam mane nak menghias diri. Da tau macam mana nak pakai make-up. Da tau warna lipstick yang sesuai dengan warna kulit bibir mereka. Aku? Haha. Macam dulu. Masih kusam dan pucat. Masih pudar dan kelam. Tapi, aku tidak pernah nampak yang kusam dan kelam itu pada diri aku. Aku tidak juga lihat yang pucat dan pudar itu dalam hidup aku. Aku sudah cukup bersyukur dan berbangga dengan diri aku sendiri. Aku cinta siapa aku yang sebenarnya. Cukuplah aku sebagaimana aku sekarang. Aku mahu terus sama seperti dahulu. Aku masih seperti dulu. Apa yang pasti, sinaran yang ada pada diri aku, akan aku pastikan ianya terus menyinari diri aku. Kerana aku - sebutir MUTIARA putih yang terus bersinar..



4 comments:

aming said...

gler pnjg essay mu..
ak sket lu..ak msih high..
hahah
kekg sambung plop..

itisrajah said...

amin - haha. orait. tade hal la. make sure bg habes tau. semoga cepat sembuh. =)

kurungmelayu said...

weh ja...xtahan gmba ko nih..siap d fear factor lg tuh

itisrajah said...

ejat - haha. amacam? tergode x? pewwit!