Adalah baik sekiranya anda menulis 25 perkara yg org xtau semasa kecil anda. Dihujung entry, anda harus memilih 5 org utk ditag. Anda amat bertuah jika ditag saya sbb sy ingin tau lebey lanjut tentang zaman comel anda dulu..
25? Gile belambak. Huhu. Mentang2 aku memang kuat bercerita. Huhu. Nway, thanks a lot ye Zaki for both of the tagged and the award. Hijau. Tenang juge. Aha. Meh aku try layankan tagged anda. Hehe.
- 25 Perkara Zaman Kecil :
- 1. Suke pkai dress tym g skola tadika.
- 2. Akan menangis tiap2 pagi raya sbb kena paksa pkai baju kurung.
- 3. Perangai aku agak kelelakian; tomboy.
- 4. Semua orang kena tunggu habis makan; nak2 lagi tym kat kenduri kahwin. (Mcm aku plak pengantin. Haha.)
- 5. Selalu sangat jatuh; jatuh kepala dulu plak tuh. (Tuh yang degil gile!)
- 6. Kalau main kawin2, mesti jadi pengantin lelaki. Haha.
- 7. Solat dgn sepupu perempuan tanpa menggunakan telekung.
- 8. Penah menang tempat pertama dalam pertandingan pakaian beragam kat Kotaraya. (Hadiah yang aku dapat lagi tinggi dari aku.)
- 9. Sembunyi bawah meja sbb orang kedai or jiran aku gunting rambut aku terlebih pendek dan buruk.
- 10. Tak suka buat kerja sekolah sme mcm yang kwn2 kelas lain buat. (We need to be different from others. Hehe.)
- 11. Selalu g cuci tandas tym ari jumaat, waktu Kajian Tempatan yang diajar oleh Cikgu Meri Mehbooba.
- 12. Takut nak balik uma sbb jam yang baru ditukar betri termasuk dalam lubang jamban di mana aku baru lepas melaburkan sahamku; sekaligus terus tarik flush dengan bangganya. (Antara kenangan terpahit pernah aku lalui.)
- 13. Penah jadi kapten hoki yang sangat berwibawa.
- 14. Penah jadi olahragawati atas belas kasihan dan simpati kawan-kawan tersayang. Haha.
- 15. Suke sangat kacau budak-budak yang baik; kurang baik dr aku la. Aha.
- 16. Main mcm Istana Takeshi mase darjah 5 dgn budak kelas smpai daun2 cntik tuh tak wujud da skang.
- 17. Selalu pakai tshirt dgn sluar tracksuit dalam baju kurung skola.
- 18. Asek mintak makanan lebih kat Cikgu Ati tym skola tadika.
- 19. Kalah teruk mase masuk pertandingan pakaian beragam kat skola tadika dua kali berturut2 sbb asek lambai kat mak aku yang senyum2 kat bwh stage. Huhu.
- 20. Sangat suka main air masuk dalam botol. Sampai kat uma pon aku buat jugak. Habes nila mak aku kitorg wat main. Ye la. Nak nampak ade warna. Budak2 la katekan.
- 21. Pemain guli yang agak handal; sampai terlalu banyak guli kat uma dan adik aku nak telan, sampai aku tak reti nak balik uma tym Maghrib. (Disebabkan oleh itu, mak aku menawarkan dirinya sendiri untuk merebuskan air guli khas buat minuman aku. Adeh!)
- 22. Penah curik2 minum air oren yang lazat yang dibawa oleh Babat (Syafiq Ibrahim) mase bulan puasa mase darjah 3. Tapi balik aku tetap wat2 penat dan tipu mak ckp aku puasa. Sebab kalau puasa cukup, makcik aku nak belikan anting2 emas. Haha. Walaupon jahat, aku tetap dapat anting2 tuh. Yay me!
- 23. Terjatuh dalam longkang / parit besar mase kat kenduri kahwin pakcik sedara aku kat Pontian. Gile malu. Hbes koto. Orang yang dtg bukan tgk pengantin, tp tgk aku. Huhuhuhuhu.
- 24. Selalu sangat kena pukul dgn mak sbb sangat degil dan keras kepala, sampai aku lari dari uma dan menetap di uma atok aku yang hanya beberapa tapak dari uma aku. Huhu. Tak berapa lama lepas tuh mak aku pujuk. Aku menang! Hihi.
- 25. Minum susu botol sampai darjah 6; dan hampir-hampir nak bawak botol aku yang aku sayang tuh g SBP. Mujur aku waras lagi.
Itulah kesemua 25 perkara yang mungkin korang xpernah tau pasal aku tym aku kecik dan smpai skola rendah la. Agak segan juge nak share. Sbb bnyk yang memalukan. Tapi, aku peduli ape, kan? Hehe. Tapi ape2 pon, aku sangat enjoy dengan zaman kanak2 aku. Sangat seronok dan seakan bahagia. Tiap waktu pon rase sangat memberangsangkan. Hoho.
Ukeh. Nak kena tagged lagi 5 orang eh? Nak tag Zaki smule bulih? Huhu.
5 orang baru kena tag:
Ah. Amek. Semuanya 'A'. Sbbnye? Ade la! Aha. Ukeh2. Aku da ngntuk gile da neh. Huhu. Aku tdo dulu ye. Salam.
No comments:
Post a Comment