30 Dajjal - Apakah Mereka Telah Muncul?

  • 0

"Rasululllah s.a.w bersabda : Tidak berlaku hari kiamat hingga bangkit beberapa dajjal yang mendekati dari 30 banyaknya. Dia mengaku bahawasanya dirinya adalah Utusan Allah.. (H.R : Tarmidzi)

Saya percaya ramai yang pernah membaca hadith sahih ini namun tahukah anda siapakah 30 Dajjal yang dimaksudkan. Apakah Dajjal-dajjal ini sudah muncul dalam dunia ini? Kalau sudah wujud apakah jumlah mereka sudah mencapai 30 orang?

Hakikatnya hanya Allah yang Maha Mengetahui akan perkara ini. Siapakah yang tergolong dalam Kumpulan Dajjal 30 ini? Mari kita ikuti sinambungan Hadith di atas. Sabda Rasulullah saw. "Akan ada di akhir zaman pada umatku manusia-manusia dajjal yang pembohong. Mereka membicarakan kepada anda apa yang belum pernah anda dengar dan belum didengar oleh nenek moyang mereka. Maka berhati-hatilah anda dan berhati-hatilah mereka. Jangan sampai mereka menyesatkan anda dan jangan pula mereka mefitnah anda.. (H.R : Tarmidzi)

Kesimpulan Hadith tersebut memberi pengertian kepada kita bahawa kelak di akhir zaman ada manusia-manusia yang menjadi dajjal yang suka berbohong dan berdusta. Untuk mengenal Dajjal itu sungguh mudah sekali, iaitu apabila ia mengaku dirinya "Allah, Tuhan, Nabi, Imam Mahdi dan Wali Allah" sedangkan mereka tidak mahu solat, berpuasa, berzakat, tidak menunaikan fardhu Haji, barang yang haram dihalalkannya, suka membuat fitnah dan mencari perbalahan, bida'ah, apabila memberi sesuatu barang atau benda dimintanya kembali dan boleh melakukan apa saja tanpa mengira halal dan haramnya.

Oleh kerana mereka inilah , Rasulullah saw. dengan tegas memperingatkan kepada umatnya supaya berhati-hati dengan pujuk rayu mereka yang begitu manis berkata dan menggiurkan. Mereka ini adalah penyesat dan suka memfitnah umat, yang bakal menyengsarakan pengikutnya di dunia dan akhirat.

Berkenaan persoalan orang yang mengaku dirinya Nabi, Imam Mahdi, Wali Allah dan lain-lain pengakuan, bukanlah juga perkara baru. Perkara ini dari zaman ke zaman hingga ke hari ini masih lagi terdapat manusia mengakui dirinya sebagaimana yang dipaparkan di atas. Janganlah kita bersibuk-sibuk dengan persoalan dan perkara ini, yang paling penting adalah diri kita dan keluarga yang wajib dijaga agar terselamat daripada apa yang berlaku dengan berpegang teguh kepada Kitabullah (Al-Quran) dan mengikut sunnah Nabi saw. Itu adalah terlebih afdhal daripada perkara yang lain yang tidak mendatangkan apa-apa faedah. Ikuti Hadith Nabi saw seterusnya :

"Sesungguhnya Allah tidak membangkitkan seorang Nabi pun, kecuali dia pasti memperingatkan umatnya akan Dajjal. Dan aku (Muhammad) adalah pengakhir segala nabi sedang anda sekalian adalah akhir dari semua umat (umat terakhir). Dan Dajjal itu pasti keluar (zahir) pada anda, tidak boleh tidak.. (H.R. Ibnu Majah-Tarmidzi)

Demikian juga halnya dengan pengakuan sebagai Imam Mahdi. Barangsiapa mengakui bahawa dirinya Imam Mahdi, itulah dia orang bernama Dajjal, kerana Imam Mahdi tidak ada atau wujud dalam bangsa yang lain. Al-Mahdi tetap wujud atau lahir pada akhir zaman dalam bangsa Arab. Ada beberapa dalil mengenainya namun atas keterbatasan ruang saya paparkan satu saja. Sabda Rasulullah saw. :

"Dunia tidak akan lenyap sehingga Bangsa Arab diperintah oleh seorang laki-laki dari keluargaku yang namanya menyerupai namaku".
(H.R. Abu Dawud)


Di antara golongan yang membuat pengakuan mereka secara terang-terangan sebagai Nabi, Rasul mahupun Imam Mahdi ialah
  • Ruknuddin
  • Saiyid Muhammad Jaunpur
  • Mirza Ghulam Ahmad - pengasas agama Qadiyani dan mengaku dirinya Imam Mahdi dan juga mengaku sebagai nabi dan penamat segala wali
  • Muhammad Ahmad AlMahdi (pengasas tarikat Mahdiya)
  • Tuwaizuri
  • Ubaidullah Al Mahdi
  • Al Hariths bin Suraij
  • Maulana Syaikh Haji Muhammad Ma'mun (pengasas tarikat Mufarradiyah), Sumatera Utara
  • Muhammad Abdullah AlQahtani

Di negara kita juga tidak kurang hebatnya. Di antaranya Ayah Pin, Nabi Melayu kahar dan beberapa orang lagi. Adakah mereka ini semua tergolong dalam kumpulan Dajjal 30 yang dimaksudkan oleh Nabi saw. hanyalah Allah Yang Maha Mengetahui. Persoalannya, hingga kini, sudah cukupkah ahli Dajjal 30 ini lahir didunia ini? Kalau sudah, maknanya dunia ini hanya menunggu masa saat kehancurannya.

Wallahu'alam.

No comments: