kari ayam versi azian azman.

  • 2
macam sedap je rasa tajuk tuh, kan?
agak-agak sedap tak sebenarnya?
ahaha.
tuh yang kite tatau!
aha.

aku tido uma ayan malam tadi.
kitorang plan nak masak esoknye which is pagi neh - together.
but then, sebab aku tido pelok bantal heart yang kecik dan best.
so, susa la nak bangun dari tempat aku baring tuh.
dan meninggalkan ayan masak seorang diri.

bile aku g dapur, aku tengok kuah kari dia pekat gila!
haha.
dia kate sebab gune santan dalam kotak.
iye ke?
mungkin kot.
sebab santan pure lebih cair dan lebih berlemak.

tapi dua rius!
memang nampak sedap ah lauk kari nye.
sampai berpeluh-peluh weh ayan masak.

ukeh.
so, neh ayan da bagi permission kepada aku untuk share resepi kari ayamnye.
adik-adik, akak-akak, kawan-kawan, makcik-makcik, pakcik-pakcik, ibu-ibu, bapak-bapak siapa yang punya anak bilang aku... eh?
apsal tetibe jadi lagu wali band neh?
huhu.
tak.
nak bgtau.
g la sediakan pensil dan kertas bagi sesiapa yang nak cuba.
nak-nak lagi yang baru nak belajar memasak macam ayan.
(baru terasa nak kawen la tuh agaknye).


Kari Ayam
  1. Tumis rencah hingga naik bau. Rencahnya - (kunyit, halia, bawang merah, bawang putih; ditumbuk hingga halus, sebab kalau tak halus, nanti perencah dia terapung-apung - kate ayan (kau ingat neh angkasa lepas ke auditorium nak terapung-apung!).
  2. Masukkan lada boh 4 sudu.
  3. Gaul hingga garing. Masukkan serbuk kari 4 sudu.
  4. Masukkan kentang yang telah dipotong kepada 4, beserta dengan daun kari.
  5. Kacau kesemuanya dan masukkan air sebanyak 1/2 cawan.
  6. Bila sudah mendidih, masukkan ayam.
  7. Selepas 5-10 minit, terus masukkan carrot supaya dia empuk bersama-sama ayam dan kentang tadi. Jangan masukkan lambat sangat. Nanti keras macam carrot ayan.
  8. Bila sudah digaul ayam dan kuah tadi, masukkan santan kotak. Sebaiknya santan yang diperah fresh la ye. Santan kotak is not very advisable.
  9. Tunggu hingga semuanya empuk (lebih kurang 20 minit gitu) dan kemudian baru masukkan garam secukup rasa.

mudah tak kawan-kawan? macam mudah, bukan? aha. so, nak tau mudah ke tidak, cube la. bagi aku, mudah je la. sebab tinggal makan je. kan ayan yang masak. huhu. aku nak sertakan gambar sekali. tapi laptop sarah neh tade bluetooth tah mane hilang bluteooth dia tah. so, insyaAllah kalau rajin, later aku letak. ukeh la semua. selamat mencuba! dan buat aku, selamat menjamu selera! p/s : ayan goreng jemput-jemput pisang sambil hidung aku terhidu-hidu bau hangit di kuali dapur. "aku lupe aku goreng jemput-jemput kat dapur." ah. elok sangat la ayan tuh. kursus memasak = failed! kawen = dalam mimpi la! hahaha.


2 comments:

azian azman said...

siot r ko..tajuk kari ayam tup2..kat bwh tulis psl jemput2 hangus..cet!

green said...

bila ko nak masak bg aku nih?hehe..