aku balik kampung sebab makcik aku buat potong jambul anak dia. baru lahir baby tuh. tak ingat brape ari bulan tah. yang penting sungguh baru la. cium mulut dia pon masih rasa tawar. ha ha ha.
well, aku dapat tau something. rupenye, kalau setakat potong jambul sikit-sikit dan tak potong habes, makruh; tak elok. seeloknya, da potong jambul sikit-sikit, kemudiannya botakkan terus semua. sebab dan rasionalnya, tak sempat nak tanye.
dan in addition, jangan rendam rambut yang dipotong ke atau jangan sapu kepala baby tuh dengan air kelapa, gitu la. tuh amalan orang india kalau tak silap. sebaliknya, guna je air biasa. untuk lebih bersih dan diyakini. sama macam di atas, sebab dan rasionalnya aku tak pasti.
nanti aku cari tau kenapa.
guess what? aku rasa aku semakin suka budak la sekarang. agaknye la. aku macam da rajen sikit la layan budak budak. cume kalau dia tak cantik dan asek menangis je aku buat bodo. jahat tak aku? hu hu. tapi, tade beza pon sebenarnya aku suke ke tak. sama je.
adui. serious penat seh. letih badan. aku ingat nak tdo kampung je. tapi tak muat keta pulak nak balik esok. kan best kalau dapat tdo kampung. nyamuk! =)
oh. aniza kawin tadi. cantik seh dia pewwit pewwit kat suami dia. ukeh sori gatal kejap. suami dia is so charming. hope that he will always be charmed. da selesai da majlis kawen dia. sampai tak sempat sempat nak layan kitorang. tak menang tangan. penat nak cium orang sane, cium orang sini. fuh! macam aku pulak yang kena cium. he he. eh, jangan main main. bukan bibir dia aje yang pakai gincu; dengan gigi gigi dia sekali pakai gincu tau! nasib baik tak jangkit kat gigi aku. ha ha.
thanks to azim dan nurin yang sudi melayan aku. hu hu.
ukeh ah. mata aku tak tahan gila da neh. melalak lalak mintak tutup. ye la ye la. sabo la. aku tau kau penat. aku pon penat. yok la. yok tido berjemaah yok. hi hi. kasim selamat malam! =)
p/s : when you feel insecure, go get a gun and shoot yourself. the end. tah ape ape je aku. mamai weh mamai.
No comments:
Post a Comment