makcik, kalau nak bulat, cakap je nak bulat.
kalau nak bujur, cakap je nak bujur.
kalau nak serabut, cakap je nak serabut.
kalau nak penampo, cakap je nak penampo.
kalau tanak ape-ape, diam-diam suda.
lumrah hidup bekerja di bawah orang. haish.
well, aku masuk toilet dengan sungguh takot takot hari neh. seram woo. semacam je aku tgk toilet tuh skang. tak buang air da. cuma amek wudhuk je. he he. tak sangka aku neh penakot orangnye. belagak je lebih macam orang berani sangat.
ape-ape pon, aku nak simpulkan ape yang aku dapat hari neh. jangan kurang ajar dengan orang yang lebih tua daripada kita. bukankah yang tua harus dihormati dan yang muda harus disayangi? ah. orang yang lebih tua pon, jangan berlagak sangat. sayangilah orang-orang yang lebih muda.
berapa lama pon kita hidup, sentiasalah cuba yang terbaik untuk diri kita sendiri. itu paling utama. kuantiti itu tidak penting. yang paling penting sebelum kuantiti itu adalah kualiti. dengan kata lain, berapa banyak duit yang kita dapat tuh tidak akan ditanya oleh Allah di hari perhitungan nanti; tetapi, dari mana kita mendapatkan hasil duit itu - sumber halal atau haram yang akan ditanya oleh Allah kelak. halal dan haram jangan dipandang ringan ye.
seterusnya, belajarlah untuk memaafkan orang lain dengan mudah. nak mintak maaf tuh sebenarnya payah. jadi, bila orang da minta maaf, maafkanlah ye. tak kesa la salah kita ke, salah orang tuh ke. maaf tuh merupakan kata yang paling indah dan paling mulia untuk dilafazkan. dan, oh. ucap terima kasih juga ye. penting tuh untuk kesihatan. he he.
dan yang terakhir, lelaki, kalau sudah berkahwin, janganlah sesuka hati meninggalkan isteri dan anak-anak begitu saje. tak berperikemanusiaan sungguh. nak nak lagi kalau isteri tuh cacat. alahai, isteri. sabar sje la ye.
ukeh. tuh sje kot. kepada yang sedang berbahagia, teruskan berbahagia. dan kepada yang hendak bahagia, jangan berhenti mencari kebahagiaan itu. rasa bahagia itu sentiasa ada bila kita dekat dengan Allah. wallahualam. renung renungkan dan selamat beramal. =)
2 comments:
corak hidup aku bulat. semua penjuru sama. yang pelik, tak terkira penjurunya. mungkin sebab tak ada penjuru. itulah hidup kita yg tak terkira/tak ternilai penjuru masanya. betul lah kau kita corak hidup kita semua sama sebab akhirnya kita sedar, ia terbentuk daripada satu titik yg memusat di tengah-tengah. aku suka entri ko yg ni :)
asyraf - thanks! well, yes. bentuk apa pon, mesti akan ade pusat. kalau tade pusat, takkan ade bentuk. bulat is good. macam satu perjalanan pasti tanpa pengakhiran. seronok, kan? kadang kat atas. kadang kat bawah. ye la. kate kan hidup macam roda. roda kan bulat. tapi kadang aku suke segi empat. sebab ade penjuru. kadang penjuru itu perlu. =)
Post a Comment