umur hanya nombor

  • 0
hehehe hai!

aku tahu sekarang baru 41 minit lepas hari semalam yang aku update blog siap 2 post terus. tapi aku tak boleh tunggu esok siang sikit untuk share tentang apa yang aku nak share ni sementara ingat dan rajin dan memang takde benda yang aku nak buat.

tuan-tuan, puan-puan, abang-abang, kakak-kakak, adik-adik.

ni adalah salah satu masalah yang aku rasa sangatlah mengganggu kehidupan aku sepanjang 27 tahun ni. masalah panggilan.

aku pelik kenapa aku tingkatan 4 dan umur aku 16 tahun dan aku lahir 9 januari; kau tingkatan 5 dan umur kau 16 tahun dan kau lahir 23 julai; aku kena panggil kau KAKAK???

simptom ni berleluasa sangat di kalangan kaum wanita dan aku tak tahu apa masalahnya. dulu waktu sekolah menengah rendah, masuk asrama, ok aku fahamlah kena panggil perempuan senior yang atas umur aku even setahun je pun 'kakak'. so, aku pun dengan yakinnya panggil lelaki senior 'abang' sebab ye lah, senior kan. kata nak kena panggilan yang hormat. eh tup tup aku kena sound pulak jangan nak menggedik panggil abang abang abang puih padahal kalau aku panggil nama je pun kau ingat aku kurang ajar pulak.

sadis sungguh kehidupan junior di asrama terutamanya.

tapi takpelah itu mungkin dulu waktu zaman aku.

"we are the last generation of tradition"

itu ayat yang aku percaya dari dulu sampailah sekarang. so, aku rasa benda tu dah tak berlaku lagi lah sekarang kan.

unfortunately, lately ni aku scroll whatsapp group, status fb; orang perlekeh umur, panggilan akak, kau ni adik sangat, muda sangat, akak ni dah banyak pengalaman, kau kena ikut cakap aku, aku banyak anak kau kena panggil aku akak walaupun kau tua 9 tahun dari aku like what is happening right now and what is going to happen next?

sigh

grow up, people. grow up.

you are 32 and i am 23,
i have a child and you have no baby,
when i call you by name doesn't mean you are petty,
i respect you now till eternity,
let's put aside differences and strengthen unity.


with love, 

No comments: