Fuh depa punya excited bukan main lagi. Dalam banyak-banyak run aku penah masuk, run kali ni paling santai aku siap tanpa aku ketahui apa yang akan aku lalui sepanjang mengiringi diorang masa marathon berlangsung phewwww.
Aku malas nak cerita panjang but secara ringkasnya, penat, seronok, belengas, panas, pancit. Fahim jatuh basikal sebab turun bukit. Kena dukung Fayyadh bergilir-gilir dari sebelum mula larian sampai ke garisan penamat; aku, Abg Hazim, Adi. Ilham hilang dalam larian manusia menuju ke garisan penamat naik basikal sorang diri - end up Abg Hazim amek dia dalam keadaan menangis kat tempat urus setia selepas dengar pengumuman. Raudhah jalan dan lari like a true hero and I am super proud of her. Raihan dan Faqih watak okay okay lah tak menyenangkan tapi tak menyusahkan so yay us!
Bagi aku bawak kanak-kanak di usia sangat kecil/muda dalam event-event sihat macam ni is good. Untuk kesihatan, untuk pertumbuhan, mengisi masa lapang buat perkara berfaedah, lebih banyak masa yang diluangkan bersama keluarga, dan macam-macam lagi.
Ye lah budak-budak la ni kan semuanya dengan aircond, depan tv atau depan smartphone atau depan tablet, order air sirap sejuk kat mak-mak, cranky bila tak dapat apa depa nak. Kesian sangat life diorang. Jadi, dapat sekali sekala buat aktiviti macam ni, boleh mencipta kenangan yang paling terindah di zaman kanak-kanak diorang. Hebat macam zaman kanak-kanak aku dulu. Gitewww.
P/S: Aku kalau ada anak nanti benda pertama aku nak belikan kasut sukan sebab aku start ada kasut sukan sendiri umur 18 kot heh. Hikssss
No comments:
Post a Comment