Semangat Kurus

  • 2
Assalamualaikum dan hai semua. Lama tak menulis di blog ni. Sedar-sedar je dah tahun 2020 pun, Alhamdulillah. Rasa bersyukur dan tak sangka Allah bagi nikmat hidup dalam iman dan Islam sampai hari ni.

Aku dah berumur 31tahun pada 9hb Januari 2020 haritu. Alhamdulillah sekali lagi. Bahagia yang tak terungkap bila dapat sambut hari jadi bersama yang tersayang.

Tapi aku sedih sebab impian nak turunkan berat dan kurus masa hari jadi tidak kesampaian. Tapi tak boleh nak bersungguh sedih sebab usahanya pun idok, kan? Actually takde lah tak usaha langsung tapi nak istiqomah tu MashaAllah auranya luar biasa. Huu

Tapi aku rasa kan dah tiba masanya lah aku bersungguh untuk turunkan berat badan ni. Aku tgk kawan-kawan punya berat sampai bawah 50kg pun ada. Tinggi lebih kurang aku je. Tak mustahil pun kan walaupun semakin berumur.

31tahun bukanlah tua sangat pun. Kuat lagi untuk aku berlari dan melompat, inshaAllah. Letih pakai baju sokmo ketat. Nak melawa pun tak selesa.

Plus, aku kan macam tengah TTC sekarang ni, rasanya macam semua yang org bagitau suruh ikhtiar, aku dah cuba buat; kecuali turunkan berat badan aku. Ye lah berat badan naik mendadak lepas kahwin. Memang kalau alpa boleh jadi 3 angka!

Mana lah tau bila dah usaha turunkan berat secara sihat dengan makan makanan yang sihat, ditambah dengan aktiviti sihat, aku boleh conceive ke, kan? Tak cuba tak tahu.

So, dengan ringkasnya blog post aku kali ni, AKU NAK KURUS. Sesiapa yang membaca blog ni, doakan aku supaya aku kuat semangat untuk kurus ye. Target utama nak pakai baju saiz M gedebeh raya ni. Hikss


2 comments:

k e r e p e k t e m p e said...

Boleh, Aja. Jom air terjun, ajak Adi sekali. Aku boleh bawak semua khemah, dapur etc.

itisrajah said...

Hehe wah menarik tu. Bila tu? Jom2. Seronok tu air terjun. Nyamaaann