Pilihan Jalan

  • 0
Assalamualaikum dan hi guys. Baru kejap tadi aku plan macam nak tulis tentang something specific tapi entah tiba-tiba je rasa macam nak tulis benda yang tak berapa nak specific sangat. Ye lah sementara masih segar di ingatan ni, better aku luahkan kat blog ni, kan?

Suami aku baru gerak pegi surau tu; jalan kaki je sebab surau dekat sangat dengan rumah. Waktu suami aku takde kat rumah lah aku suka update blog sebab kalau nak update waktu dia ada macam hmmm segan je?

Walau bagaimanapun, kebiasaannya, banyak benda atau idea untuk menulis aku akan dapat bila suami aku ada bersama dengan aku. Tak pasti apa yang jadi penyebab idea tu datang waktu suami aku ada. Maybe sebab suami aku ni jenis banyak fikir? Selalunya orang banyak fikir ni dia cepat beruban tapi suami aku selalu botak so aku patut risau pasal dia beruban ke tak eh?

Huu. Ok lah tak penting. Yang penting, aku nak cakap pasal hobi baru suami aku iaitu menulis. Dia tengah sibuk nak menulis kat FB. Katanya untuk Personal Branding. Aku dah buatkan blog, daftarkan domain, setupkan elok dan suruh dia menulis kat situ tapi tak buat-buat jugak. Sibuk nak kat FB. Ni lah orang-orang kepala bisnes slash nak perhatian. Eh?

Haha taklah taklah. Aku bukan apa, kadang aku kesian bila tengok suami aku ni macam straightforward sangat orangnya. Apa yang dia belajar tu dia telan bulat-bulat. Kau bayangkan kalau bulatan yang dia telan tu sebesar sebiji bola sepak, kau rasa? Apa lah salahnya dia potong-potong dulu ke bola tu supaya boleh muat dan mudah masuk, kan?

Alamak metafora aku ni berseni sangat aku tak pasti korang boleh faham ke tak. Tapi, kesimpulan aku, semua orang fikir ke depan, semua orang nak sentiasa maju ke depan. Tapi, hidup ni kan ada banyak cabang, banyak jalan, banyak cara. Jadi, jangan jalan terus je takde belok kanan, takde belok kiri, takde u-turn, takde berhenti rehat. Cuba loosen up(?) sikit dan bagi jalan tu lebih indah dan mencabar.

Isn't life's an adventure?

Be flexible and make mistake(s).

Bukan suruh buat dosa atau maksiat ya. Kau tahu apa yang aku cuba sampaikan. Tapi, tu lah. Tempat tujuan sama, perjalanannya berbeza. Apa yang penting, sediakan bekalan yang cukup untuk dibawa bersama menuju ke tempat yang terakhir.

Gituuu.

Ok lah guys. Suami aku dah nak balik solat. Malu nak menaip. Lebih baik berhenti sebelum post ni duduk dalam draft je.

Bai.


No comments: