Assalamualaikum, blog. Apa khabar? Aku Alhamdulillah, hari ke-4 menuju kegemukan berganda sebab kena sekat pergerakan kat luar rumah. Sekarang tengah musim virus yang teruk dan merebak, namanya Covid-19. Aku tak reti nak huraikan tentang virus ni. Apa yang penting, virus ni jahat dan dah bunuh lebih daripada 11 000 orang di seluruh dunia.
Jadinya, antara langkah drastik yang kerajaan Malaysia buat ialah menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (RMO) bagi mencegah penularan virus Covid-19 ni selama 14 hari bermula dari 18hb Mac 2020 sehingga 31hb Mac 2020. Kenapa 14 hari? Haa sebabnya korang boleh refer video kat bawah yang aku ambil dari Facebook Page Kementerian Kesihatan Malaysia ni.
Jadi, kalut lah rakyat Malaysia ni bila majoritinya diarahkan untuk tidak bekerja, tidak melakukan aktiviti luar, dan tidak berada di luar rumah selain dari berada di dalam rumah sendiri. Well, aku sebagai seorang suri rumah tenang je lah sebab selama hidup berumahtangga ni memang rumah lah tempat aku habiskan masa. Tambah pulak suami aku memang tengah tak kerja ni, jadi bertemanlah aku kat rumah ni.
Untuk mereka-mereka yang dah biasa kerja ni, susah sebenarnya nak duduk diam kat rumah. Lagilah jenis yang ada anak-anak nak kena hadap. Macam akak aku tu. Sehingga hari ke-4 RMO ni, dia cakap penat gila duduk rumah sebab kena masak je tiap masa. Anak-anak dia asyik lapar je. Kerja waktu pejabat tambah overtime pun tak penat macam ni.π
Maka wujudlah jadual-jadual harian berkenaan dengan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan selama 14 hari ni. Aku dan suami pun tak terlepas jugak daripada buat senarai aktiviti ni. Suami aku lah yang rajin buat list ni. Siap buat template kat komputer dan print letak kat peti ais lagi. Kau hado?
Ni aku share lah list kitorang kat sini, buat kenangan. Mana lah tau lagi 10 tahun aku dan Adi masih hidup, boleh kenang balik zaman kena kuarantin dalam rumah ni. Ye lah, seumur 31 tahun hidup, ni pertama kali kot kitorang alami situasi macam ni. Bak kata Adi, tak sangka Malaysia boleh kuatkuasakan RMO ni dan hampir semua rakyat Malaysia patuh. π·
Search Results
Web result with site links
Search Results
Web result with site liπ·
Antara perkara lain yang berlaku ialah orang ramai jadi sarkastik; ye lah kena kuarantin 14 hari duduk dalam rumah. Pegi gym tak boleh, jogging tak boleh, main basikal pun tak boleh. Tapi makan masih boleh, sebab kat dalam rumah kan. π
Sibuk lah semua manusia di seluruh dunia dok panic dan mulalah panic buying. Habis semua stok beras, tisu tandas, sardin botol, megi segera, dan lain-lain diorang sapu kat supermarket dan kedai runcit. 14 hari je lah woih bukan 14 tahun. Hangpa ni pun kalut sungguh. Plus, ni cuma kawalan pergerakan je, bukan total lockdown yang memang tak boleh keluar rumah langsung, kedai supermarket semua tutup.
Haa, bila dah duduk makan je kat rumah ulang alik ruang tamu, dapur, bilik tidur, dapur; maka bakal gemuklah kami semua yang gagal mengawal nafsu makan ni. Mula RMO berat 45kg. Selesai je 14 hari RMO, berat jadi 65kg, eh? Melampau sangat kan.
Dahlah aku malas nak membebel panjang. Kang dari rasional terus tak rasional kang. Ni distracted kejap main FB, scroll wall tengok berlambak pulak viral orang dok buat kopi Dalgona entah apa pun aku tak pasti. Nasib baik bukan peminat kopi. Nak sambung buat aktiviti dalam list aku kat atas tu. Setakat ni baru crossed out 2 aktiviti. 8 more to go!
No comments:
Post a Comment