Kesetiaan

  • 0
Alhamdulillah dah masuk Julai pun tahun 2020 ni. Terlepas rupanya blog post untuk bulan Jun. Hiks. Jenis suka bertangguh kerja dan banyak alasan ni mcm gini lah; mcm aku ni haa. Pasal tu banyak kerja tak settle tapi kepala serabut semua benda nak kena buat.

Korang sekarang guna nombor telefon korang tu dah berapa lama? Eh faham tak soalan aku ni? Berbelit pulak aku ni bila nak bertanya.

Aku sekarang ada 1 je nombor personal yang aku dah guna sejak tahun 2005 lagi. Tu pun sebab simkad utk nombor sebelum tu hilang. Sayang nombor tu sbb senang nak ingat. Arwah PCS yang belikan. Nombor Digi.

Masa hilang tu memang tahu yang kita boleh je nak dapatkan sim baru untuk nombor yang sama, cumanya zaman tu punyalah susah Nauzubillah nak make it happen.
  • Kena buat report polis
  • Kena pergi Telco centre
  • Kena bayar sejumlah wang yang agak besar bagi budak sekolah
Leceh, kan? Ye lah masa tu baru tingkatan 4 kot. Duit takde, malas lagi. 😝

So aku amek keputusan untuk beli je lah simkad baru walaupun berat hatiku melakukan itu. Beli simkad tu kat Bandar Pontian di kedai HP sebelah kedai runcit mamak dekat-dekat dengan Stesen Bas Pontian (sekarang di Tambak Pontian). Beli starter pack masa tu pun aku rasa agak mahal jugak kalau tak silap. Affordable but berat hati membayar lah.

Alhamdulillah masih menggunakan nombor yang sama walaupun pilihan telco dah silih berganti; Hotlink - Digi - Umobile - Maxis - Hotlink.

Aku sejenis tak suka tukar-tukar nombor sebab aku sejenis setia. Seperti setianya aku dalam hubungan percintaan. Gituuu

Tapi dulu pernah je ada beberapa nombor peribadi antaranya Celcom XPax yang dapat percuma masa dekat matrikulasi. Percuma je kan so amek lah. Lama jugak aku guna nombor tu tapi nombor Hotlink masih yang utama. Nombor Celcom tu strangers je tahu masa zaman kerja dekat CC dulu.

Kadang pelik dengan orang yang mudahnya nak tukar nombor telefon ni. Simkad korang hari-hari hilang ke macam mana eh? Zaman sekarang ni mudah sangat nak dapatkan simkad baru kalau yang ada tu hilang atau rosak. Tak silap aku boleh dapat percuma je.

Aku bukan apa, tapi susah nak contact orang-orang yang suka bertukar nombor ni. Tukar nombor, ada banyak nombor. Dah macam scammer pulak. Scammer pun entah-entah guna 1 nombor je. 💁

Sama jugak macam HP. Aku sejenis yang tak berapa suka tukar-tukar HP dan antara yang sebab utama ialah contact number keluarga, kawan-kawan, sugardaddy, eh. Taklah mana lah ada sugardaddy. Sugarfatty banyak.

Tapi HP korang, korang punya pasal lah, kan? Cuma aku harap kita sama-sama dapat belajar untuk jadi lebih setia towards nombor telefon peribadi, HP peribadi, isteri, suami, dan yang sama waktu dengannya.

Selamat hari Rabu 1 Julai 2020!

No comments: