Kasut Sukan

  • 0
Hi, semua. Harini aku tengah ada inspirasi sikit untuk tulis blog. Biasalah bila tengah ada satu-satu masalah tu, benda tulah yang biasanya akan jadi inspirasi utama untuk menulis, kan?

Berapa lama sepatutnya kita guna sepasang kasut sukan, eh? Macam aku ada sepasang kasut sukan ni jenama Asics (model mana aku tak pasti dan aku tak rasa rajin nak check 😝). Kasut ni kalau tak silap aku beli masa awal-awal kahwin dulu sekitar tahun 2015 atau 2016 lah kot? Aku beli sebab kasut sukan Skechers yang bekas pakwe belikan hilang kena curi 😭.

Kasut Asics ni takde lah sedap mana tapi sebab masa tu Adi macam suruh jugak aku cuba pakai Asics (sebab dia ada pengalaman besttt gila pakai Asics dia). Jadi aku pun pakai lah; orang belanja kan. Hiks.

Basically aku selalu pakai buat lari sikit-sikit, Fun Run, Half Marathon, buat main dalam gym, buat circuit training sikit, dan yang sama waktu dengannya. Memandangkan ia adalah satu-satunya kasut sukan aku, jadi aku akan ke mana-mana guna kasut Asics ni lah. Tapi memang selalunya untuk aktiviti riadah.

Lepas tu dalam tahun lepas kalau tak silap Adi belanja kasut sukan baru. Yayyyy 🙌. Pertama kali ada kasut semahal itu. Tak sampai ribu riban lah tapi mahal lah untuk aku. Kasut Brooks, kononnya masa tu nak pakai kasut sedap sikit sebab nak lari Half Marathon kalau tak silap untuk Standard Chartered.

Tapi kita merancang, Allah pun ada perancangan-Nya jugak. Tahun 2020 bermula dengan sangat menyedihkan (pandemik Covid-19). Jadi semua run dibatalkan termasuklah Standard Chartered yang baru pertama kali aku nak join tu. Sobsss.

Dipendekkan cerita, kasut Asics aku jadi kasut sukan indoor je, pakai dalam rumah. Aku menari ke, buat HIIT ke, power walking ke, aku pakai je Asics ni. Sebab Brooks jadi kasut kat luar.

Sejak kebelakangan ni aku mula bersenam semula kat rumah. Bila pakai Asics ni rasa macam stiff gila. Tak sedap dah lah. Ngendeng-ngendeng kat Adi nak beli kasut training baru lah. Well, he is very supportive as ever, bagi lampu hijau je nak cari kasut baru.

Tapi tu lah, berkira-kira nak beli yang baru sebab tak tau nak kasut apa. Aku nak Skechers tapi tak tau specific model yang mana aku nak yang sesuai untuk workout training. Haritu jalan-jalan kat Skechers kat dalam Big Box Sunway Iskandar tu sorang-sorang, belek punya belek, keluar masuk kedai Skechers tu, last-last balik tangan kosong. Soooo me.

Gitu lah aku kalau membeli belah 😂.

Tapi dua tiga hari ni aku perasan kasut Asics ni memang dah teruk sangat rupanya. Dengan tapak dah haus, pad belakang kaki tu dah melorot, tapak dah nak tercabut weh! Tengoklah ni:




Agak-agak kalau aku gam gajah je, ok tak? Huu. Takpe lah aku tunggu lagi nanti tengok macam mana. Kalau bertambah teruk, aku bawak je lah kasut Brooks tu masuk dalam rumah, selesai masalah, tak gitu?

Ok lah. Masa untuk makan tengah hari.

No comments: