Sayang Semuanya

  • 1
Assalamualaikum korang! Alhamdulillah tak sia-sia aku tunggu hujung bulan baru buat entri baru ni. Hiks. Rupanya ada perkara seronok yang terjadi. Nak tau apa dia? Haa jom sambung baca.

Hari ni merupakan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-64 tahun dan secara rasminya merupakan hari cuti umum. Kawan UTM (Kolej Perdana/SCJ) iaitu Dayah dan mungkin beberapa orang yang lain berbincang beberapa hari atau beberapa minggu sebelumnya untuk buat perjumpaan online beramai-ramai.

Jadi, seperti yang dijanjikan, hari ni adalah harinya dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Walaupun tak ramai sangat, tapi it was fun! Kecoh gak sebab macam semua orang nak bercakap. Maklumlah lama tak jumpa dan tak bersosial.

Kitorang buat quick update tentang kehidupan masing-masing, pengalaman Fazz jadi Covid fighter, keluarga Che Nab pun sama jugak Covid fighter. Aku punya keluarga pun Covid fighter jugak cuma masa tak panjang sangat untuk  cerita. Sebab aku kenal diri sendiri - tak pandai nak menerangkan secara ringkas tentang apa-apa perkara pun. Kang jadi seminar 5 hari 4 malam pulak kalau bagi mic dekat aku. 😜

Lepas tu kitorang main BINGO dengan main teka lukisan. Ya Allah walaupun aku tak menang main BINGO tu tapi aku rasa aku hebatlah jugak menyusun nombor-nombor tu sebab sikit je lagi nak menang. Tapi main teka lukisan tu memang aku mengalah teruk lah. Tak tahu lah tangan aku ni kenapa keras sangat bila nak melukis. Kalau tak pandai main bola dipanggil kaki bangku, kalau yang tak pandai melukis ni dipanggil apa eh? Tangan bangku ke? Hahahaha.

Tapi nasib baik masa Round 3 aku dapat pilih untuk lukis benda yang aku boleh lukis - CLOUDS. I is bangga bila semua kawan-kawan dapat teka dengan betul. Hahahahahahahaha lagi.

Akhir sekali ada cabutan bertuah tajaan Che Nab. Alhamdulillah terima kasih, Nab! Yang ni aku memang redha dan tawakal sebab diri ini tidak pernah bertuah lagi-lagi kalau yang main cabut-cabut ni. 🤦‍♀️

Aku memang looking forward untuk online gathering yang seterusnya. Lepas ni nak cadangkan main tukar-tukar hadiah pulak sebab siapa yang tak suka dapat hadiah, kan? Hehe.

Terima kasih kawan-kawan untuk hari ni. Aku gembira dapat join dan aku gembira dapat bersama-sama dengan korang walaupun kejap. Semoga akan ada masa dan peluang akan datang untuk kita bersama-sama lagi ya.

Sayang Semuanya! 💕💕💕💕💕💕




1 comment:

Celestial Being said...

masih lagi menulis blog eh. terbaek